Kemajuan Di Bandar, Luar Bandar Bukti Perjuangan BN: Najib

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIMUNJAN: Perubahan serta kemajuan yang berlaku di negara ini tidak kira di bandar mahupun luar bandar membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membawa rakyat ke satu destinasi yang lebih baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, peningkatan taraf hidup rakyat daripada hidup susah kepada senang mengambarkan kebenaran kepada jaminan yang telah kerajaan BN janjikan kepada rakyat selama ini.

"Perjuangan kita (BN) ibarat satu pelayaran yang panjang, hujung jalannya menjangkau beberapa generasi...berkat usaha BN pusat dan negeri, kita telah mencapai banyak kemajuan tidak kira di bandar mahupun luar bandar," katanya ketika berucap sempena lawatan ke projek tebatan banjir di pekan Simunjan di sini hari ini.

Najib berkata, BN juga memberi jaminan kepada rakyat untuk memberikan kehidupan lebih baik di masa depan.

Beliau berkata, kejayaan anak-anak daripada latar belakang kehidupan susah di luar bandar seperti anak nelayan, petani dan pelombong membuktikan semua lapisan rakyat menikmati faedah kemajuan yang telah dibawa kerajaan.

"Anak seorang nelayan belum pastinya mahu kekal menjadi menjadi nelayan, begitu juga anak petani, pelombong...kita beri mereka peluang pendidikan yang lebih baik," katanya.

Najib yang turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM137.2 juta untuk pembangunan jalan Simunjan-Gedong (RM123 juta), Jalan Kampung Pantong (RM9 Juta), projek mendalamkan Sungai Simunjan (RM3 juta) dan projek bekalan elektrik luar bandar Simunjan (RM2.2 juta) sempat meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk melakukan tinjauan mesra sekitar pekan Simunjan.

Selepas itu, Najib meninjau projek tebatan banjir di Kampung Nanas, Kelaka dan Sungai Simunjan Lama di tebingan Sungai Simunjan Lama.

Kira-kira 5,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat menyambut ketibaan Najib yang turut diiringi Ketua Menteri Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sebelum itu, Najib yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula hari ini, melancarkan projek bekalan elektrik luar bandar di Rumah Juliana di Saratok, Betong dan di Rumah Radin Lachau Ulu di Sri Aman.

Malam ini, Najib dijadual menghadiri majlis makan malam "1Malaysia Bersama Perdana Menteri" di Kompleks Dewan Undangan Negeri Baru di Petra Jaya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan