Jangan Swastakan Kursus Pembantu Rumah: MTUC - Berita Semasa | mStar

Jangan Swastakan Kursus Pembantu Rumah: MTUC

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini meminta kerajaan agar tidak menswastakan kursus 'menyesuaikan diri' bagi majikan dan pembantu rumah warga asing kerana langkah itu boleh membebankan pekerja.

"Entiti swasta akan mengenakan kos kepada majikan dan majikan akan mengenakannya kepada pekerja mereka," kata Setiausaha Agungnya, G. Rajasegaran kepada Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam bahawa mulai bulan depan semua majikan dan pembantu rumah warga asing mereka diwajibkan menghadiri kursus separuh hari itu bertujuan meningkatkan perhubungan dan persefahaman antara majikan dan pekerja.

"Kursus itu sepatutnya dijalankan oleh pegawai tenaga kerja dan secara percuma. Apa juga kos yang ada patut ditanggung kerajaan yang boleh menggunakan sebahagian daripada levi yang dibayar pekerja asing berkenaan," katanya.

Rajasegaran berkata, MTUC juga kecewa kerana menteri berkenaan tidak menyentuh mengenai aspek kontrak dalam perhubungan antara majikan dan pekerja.

"Kami sedang berusaha mendapatkan kontrak yang terikat dengan undang-undang, justeru kalau ada permasalahan pihak terbabit akan termaktub di bawah kontrak tersebut.

"Apa yang diperkenalkan kerajaan hanya peraturan yang tidak mempunyai impak perundangan dan sukar untuk dilaksana," katanya. MTUC juga kesal kerana cadangan pembantu rumah diberi cuti sehari dalam seminggu seperti yang dipersetujui tahun lalu tidak dilaksanakan.

Beliau berharap kerajaan akan menunjukkan komitmen yang lebih dalam menjaga kepentingan pembantu rumah di negara ini.

Sementara itu, Bernama difahamkan Kedutaan Indonesia di sini telah mewajibkan semua majikan menandatangani kontrak dengan pekerja mereka sebelum boleh memperbaharui pasport pembantu rumah masing-masing.

Kontrak itu meletakkan gaji minimum RM600 sebulan bersama beberapa syarat lain bagi memastikan layanan yang wajar terhadap pembantu rumah mereka. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan