Hanya 16 Pusat Asuhan Di Tempat Kerja Swasta Masih Beroperasi: Maznah

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Daripada 93 pusat asuhan kanak-kanak (PAKK) di sektor swasta yang ditubuhkan pada 1992 kini hanya tinggal 16 masih beroperasi kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu jelas menunjukkan usaha sektor swasta untuk menyediakan kemudahan tersebut kepada pekerja mereka semakin merosot.

"Bagi menggalakkan penubuhan PAKK ini kementerian merancang untuk memberi insentif dan geran pembiayaan kepada majikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis mesra bersama warga Taska Elektrisola, di Janda Baik di sini.

Beliau berkata, pihaknya sedang berbincang dengan kesatuan-kesatuan majikan bagi merealisasikan usaha tersebut yang juga menjadi matlamat kementerian iaitu satu majikan satu PAKK.

"Saya lihat penubuhan PAKK sebagai titik permulaan bagi merevolusikan taraf kehidupan pekerja dan secara tidak langsung akan dapat menarik minat rakyat tempatan khususnya golongan wanita untuk bekerja," katanya.

Katanya, statistik terkini menunjukkan kadar penyertaan wanita di negara ini dalam sektor pekerjaan amat rendah berbanding di negara lain yang mencecah sehingga 70 peratus. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan