Anwar Dakwa Ada Klip Video Yusuf Qardawi Sokong Beliau

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau mempunyai satu mesej video berdurasi 12 minit daripada seorang ulama yang dihormati, Dr Yusuf Al-Qardawi yang berkata tuduhan liwat terhadapnya adalah satu pembohongan dan berniat jahat.

Anwar berkata, video berkenaan akan diedarkan selepas ia diterjemahkan sambil menambah Dr Yusuf menyokongnya dan menyatakan bahawa semua tuduhan liwat ke atasnya adalah fitnah besar untuk mencemarkan nama baiknya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersempena Konvensyen Kebangsaan PKR untuk peneroka felda di Kampung Temin di sini pada malam Sabtu.

Katanya lagi, tuduhan liwat kali kedua itu turut mendapat sokongan kukuh daripada kerajaan Amerika, Turki dan Qatar.

"Pemuda Umno boleh terus membuat demonstrasi di hadapan kedutaan (Australia) di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil ke mahkamah untuk memberi kenyataan semasa perbicaraan.

"Saya ada bukti yang menyatakan mereka berdua ada berjumpa Saiful sebelum itu (isu liwat bermula)," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu akan membentangkan memorandum dari peneroka felda ke Parlimen bulan depan.

"Sebagai ketua pembangkang, saya akan menekankan masalah mereka supaya umum dapat mengetahui mengenai masalah mereka," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan