Pemborong Diberi Amaran Bekal Gula Kepada Peruncit - Berita Semasa | mStar

Pemborong Diberi Amaran Bekal Gula Kepada Peruncit

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekali lagi memberi amaran kepada pemborong supaya memastikan penghantaran bekalan gula kepada peruncit berjalan licin.

Timbalan Menterinya Datuk Tan Lian Hoe berkata ada laporan mengenai tindakan pemborong tertentu yang mengenakan syarat kepada peruncit supaya membeli bahan lain seperti beras dan minyak bagi mendapat bekalan gula.

"Kita mengesan terdapat pemborong yang meletak syarat itu...Saya memberi amaran kepada mereka supaya menghentikan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan Perak di sini hari ini.

Tan berkata kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas seperti membatalkan lesen pemborong terbabit.

"Sebenarnya negara tidak mempunyai masalah dalam bekalan gula," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan