Kunjungan PM Besar Makna Buat Masyarakat Kampung Baru Pandamaran

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: "Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan", begitulah perasaan majoriti penduduk Tionghua yang menghuni Kampung Baru Pandamaran di sini yang terharu dan gembira menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan menteri kabinet sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di kampung halaman mereka malam ini.

Sebelum ini, tradisi rumah terbuka peringkat kebangsaan hanya dianjurkan di bandar-bandar besar dan belum pernah diadakan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina di sebuah Kampung Baru yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina.

Perubahan ini merupakan pendekatan Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan Gagasan 1Malaysia supaya jurang antara pemimpin dan rakyat bawahan dapat dirapatkan.

Pada sambutan itu malam ini, rombongan Perdana Menteri yang turut disertai Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meluangkan masa singgah dan melawat empat rumah di Jalan Kacang yang terletak tidak berapa jauh daripada Jalan Chan Ah Choo di mana acara sambutan rumah terbuka berlangsung.

Najib dan rombongan meluangkan masa untuk berkunjung dan menyampaikan 'ang pau' kepada beberapa penghuni di kawasan itu termasuk kepada seorang warga emas, Yen Kook, 78.

Naib Pengerusi MCA Bahagian Klang, Francis Hua Lai Hock berkata Jalan Chan Ah Choo merupakan perkampungan masyarakat Tionghua yang kedua tertua di Malaysia, dengan jumlah populasi penduduknya seramai 40,000 orang.

Beliau yang juga Ketua Kampung Baru berkata, 85 peratus daripada penghuni kampung itu terdiri daripada kaum Cina, Melayu (9 peratus) dan selebihnya dari kaum India dan lain-lain.

Najib dan rombongannya kemudian dibawa menuju ke Jalan Chan Ah Choo di mana mereka disambut dengan tarian singa dan paluan gendang pemuzik pelbagai kaum.

Mereka kemudian bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku sebelum dihiburkan dengan persembahan tarian berkonsepkan muhibbah oleh penari-penari Istana Budaya yang menampilkan pelbagai pakaian suku kaum di Malaysia, nyanyian daripada artis-artis tempatan, dan Tarian Naga dari Kumpulan Seni Sokogakai.

Perdana Menteri kemudian mengambil kesempatan menyampaikan Ang Pau kepada anak-anak yatim dan golongan kurang upaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan