Kebangkitan Wanita Umno Mampu Bawa Perubahan PRU-13

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin Wanita Umno berupaya menjadi ejen perubahan dan nadi tranformasi negara berdasarkan semangat serta azam baru yang ditunjukkan pergerakan itu.

Perdana Menteri berkata, melalui semangat yang ditunjukkan pergerakan juga dilihat mampu membantu parti bangkit daripada 'mimpi ngeri' terutamanya dalam usaha membawa kejayaan kepada Umno pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Wanita Umno kini merupakan pelopor kepada transformasi yang besar, wanita boleh mainkan peranan yang berkesan kepada perubahan negara.

"Saya lihat ini semua cerminan serta semangat baru di kalangan Wanita... semangat yang menggambarkan mimpi ngeri dalam pilihan raya dahulu bahawa kita sudah bangun daripada mimpi ngeri itu.

"Hari ini kita mulakan satu lagi babak dalam pelayaran yang mana Wanita tidak sekadar berbangga dengan bilangan yang ramai iaitu 1.3 juta anggota tetapi sanggup menjadi pemangkin kepada transformasi, satu budaya baru dalam parti Umno," katanya ketika merasmikan Konvensyen Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman; naib-naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta beberapa anggota Majlis Tertinggi Umno.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, anggota parti itu perlu mengamalkan sikap dan pemikiran inovatif bagi memastikan parti memperoleh kejayaan besar pada pilihan raya akan datang.

"Perubahan perlu bermula dari diri dan pemikiran kita, kalau kita sedia hendak berfikiran secara inovatif dan melakar budaya baru, insyaAllah pada pilihan raya umum ke-13, kemenangan besar akan menanti kita," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata bagi memastikan kejayaan terus berpihak kepada Umno, anggotanya diingatkan supaya mengutamakan parti tanpa mengharapkan jawatan.

Menurutnya, sifat taksub kepada jawatan yang dimenangi dalam parti dan budaya terlalu menjaga penyokong kuat sahaja hingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat akan merugikan parti itu.

"Jangan nilai kejayaan semata-mata dari segi jawatan yang dimenangi, apa gunanya jadi ketua wanita kalau parti tidak lagi berkuasa dan kuasa berada di tangan orang lain.

"Beralihlah daripada terlalu taksub dengan jawatan dalam parti kepada perjuangan untuk semua, kita jangan sibuk jaga orang keliling sahaja, jangan tumpu kepada hanya penyokong kuat tetapi mesti jadi parti kepada rakyat yang teramai dengan menjaga semua orang miskin, ibu tunggal dan orang tua," katanya.

Selain itu Najib berkata Umno perlu menjadi parti yang menjadi tumpuan rakyat untuk mengharapkan bantuan.

"Kenapa Umno tidak boleh menjadi parti yang paling dicari oleh rakyat bila ada masalah, kenapa kita hendak biarkan mereka cari parti pembangkang.

"Mereka sepatutnya cari Umno kalau ada masalah, kita selesaikan bersama-sama untuk rakyat," katanya.

Najib juga berkata Wanita Umno perlu mengutamakan keberhasilan dalam setiap program yang dilakukan dan bukannya hanya mengambil kira jumlah aktiviti yang diadakan.

Jelas beliau, jumlah aktiviti yang banyak sahaja tidak menjamin hasil yang diinginkan jika kualitinya tidak mencapai tahap yang memuaskan.

"Buat program, aktiviti, pergi ke Medan (Indonesia) juga aktiviti, beli cenderahati batik juga aktiviti, tetapi keberhasilannya apa?

"Ini yang patut kita tanya pada diri kita, jangan buat aktiviti dan selesai (begitu sahaja), yang penting ada kesannya, itulah perubahan yang akan kita hayati," tegas beliau.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan