Filem Tempatan Jual Tiket RM50.8j Tahun Lepas

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Industri filem tempatan merekodkan pulangan menggalakkan tahun lepas apabila jualan tiket panggung wayang mencatatkan kutipan sebanyak RM50.8 juta.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata industri perfileman negara juga secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan berikutan bertambahnya jumlah filem yang diterbitkan saban tahun.

"Kutipan kasar filem Malaysia meningkat dari RM29.6 juta pada 2007 kepada RM43.2 juta tahun berikutnya dan tahun lepas industri itu mencatatkan kutipan sebanyak RM50.8 juta," katanya ketika berucap melancarkan Hari Terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan buku-buku terbitan Finas di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Finas Datuk Wong Kam Hong, Ketua Pengarah Finas Mohd Mahyidin Mustakim, dan Seniman Negara Tan Sri Jins Shamsudin. Untuk rekod sepanjang 2008, sebanyak 48.85 juta orang menonton filem di pawagam dan angka itu meningkat sebanyak 30.7 peratus berbanding 2007 dengan 33.55 juta penonton.

Seiring dengan pertambahan penonton dan bilangan skrin di pawagam, jumlah penerbitan filem tempatan ketika ini juga turut meningkat iaitu sekitar 23 hingga 30 buah filem setahun.

Salang berkata dengan pelbagai inisiatif Finas seperti membuat penyelidikan, pemasaran, pembangunan tenaga industri sehinggalah penyediaan kemudahan perfileman, kementerian berharap filem tempatan dapat menjadi sebahagian daripada penyumbang perkembangan ekonomi negara.

"Kementerian ingin melihat industri filem Malaysia benar-benar menjadi sebuah industri yang mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), seterusnya muncul sebagai jaguh di kalangan negara-negara Asia dengan pencapaian lebih maju daripada Thailand dan Vietnam," katanya.

Pada majlis itu Joseph Salang turut melancarkan empat buah buku terbitan Finas dengan dua daripadanya merupakan buku kajian ilmiah berkaitan industri perfileman iaitu Kajian Penonton Filem Cereka di Malaysia, dan Kajian Industri Dokumentari di Malaysia, diterbitkan hasil kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Manakala buku "Bermulanya Filem Melayu, tulisan wartawan hiburan veteran Aimi Jarr, memaparkan sejarah bermulanya industri filem, dan buku "Di Sebalik Pembikinan 1957: Hati Malaya" adalah catatan penghasilan produksi filem "1957: Hati Malaya" dari peringkat penghasilan skrip hingga diterbitkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan