Petani Diingat Tidak gunakan Racun Haram dan Tidak Berdaftar - Noh

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Golongan petani diingatkan supaya tidak menggunakan racun 'haram' dan tidak berdaftar dengan kementerian kerana ia boleh mengancam nyawa mereka, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata petani yang didapati menggunakan racun tidak berdaftar juga berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

"Racun haram ini dipercayai dijual kepada petani pada harga lebih rendah iaitu sekitar RM35 berbanding RM100 sebotol dan didakwa memberikan kesan yang lebih cepat berbanding racun yang diluluskan kementerian.

"Ada petani yang beritahu saya, racun berkenaan bagus dan menguntungkan tetapi saya mahu ingatkan jangan kerana ghairah sampai sanggup gadaikan nyawa sendiri. Ini kerana racun yang dijual tanpa daftar itu tidak mengikut piawaian dan peraturan yang dijamin selamat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di sini hari ini. Noh berkata peringatan itu dibuat berikutan kes kematian seorang pesawah di Sungai Siput di sini pada Isnin lepas yang dipercayai selepas menggunakan racun tidak berdaftar di kawasan sawahnya.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Pertanian Negeri bagi menyiasat kes berkenaan dan pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat mangsa dari Hospital Tanjong Karang.

"Jika keputusan bedah siasat menunjukkan mangsa memang mati akibat racun yang digunakan, siasatan menyeluruh akan dibuat bagi mengenalpasti dalang yang menjual racun tidak berdaftar itu," katanya. Beliau berkata selain petani, penjual racun haram itu juga berdepan dengan tindakan mengikut akta yang sama dan jika bersalah boleh dihukum denda sehingga RM20,000 atau dipenjara selama tiga tahun.

Terdahulu, Noh menyampaikan sumbangan berjumlah RM115,200 kepada 83 petani yang menjadi mangsa banjir tahun lepas sehingga menyebabkan tanaman mereka musnah.

Setiap petani terbabit menerima antara RM800 dan RM3,000 seorang mengikut taksiran kerugian tanaman masing-masing. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan