PBB Tidak Akan Tubuh Sayap Puteri

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sebuah daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, tidak akan menubuhkan sayap Puteri bagi menarik lebih ramai golongan wanita profesional muda berumur bawah 30 tahun untuk menyertai politik.

Langkah itu diambil memandangkan mekanisme sedia ada dalam PBB sudah pun berjalan dengan baik, kata Ketua Wanita PBB Datuk Seri Empiang Jabu.

Beliau berkata ketika ini, parti itu dianggotai 120,000 wanita kebanyakannya berumur 30 tahun ke atas namun ini tidak bermakna atau membayangkan bahawa parti itu menutup pintu kepada golongan bawah 30 tahun.

"Peraturan untuk menjadi anggota kami (Wanita PBB) adalah jelas kerana jika anda berumur 18 tahun ke atas dan memenuhi semua syarat, sesiapa saja boleh menyertai parti kami," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PBB di sini pada Sabtu.

Empiang yang mengekalkan jawatan bagi penggal kedua dalam Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) PBB, menggambarkan aturan sekarang sebagai "gandingan lama dan baru" dalam sayap Wanita yang telah mengukuhkan parti memandangkan generasi lebih tua bertindak sebagai mentor kepada golongan muda untuk memahami perjuangan serta sejarah parti.

"Malah saya sendiri yang sudah pun bergelar nenek masih seronok bekerja dengan generasi lebih muda dalam sayap Wanita PBB sehingga hari ini," katanya sambil menambah dalam TGM akan datang, PBB akan menyaksikan lebih ramai profesional wanita muda yang menjadi anggota Exco sayap Wanita.

Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), sebuah parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang ditubuhkan pada penghujung 2002 ekoran krisis kepimpinan dalam SNAP, adalah parti komponen tunggal BN yang membentuk sayap Puteri dan mengembangkan cawangannya ke Johor pada November tahun lepas.

Mengenai pilihan raya negeri yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini, beliau berharap kepimpinan tertinggi parti akan meletakkan lebih ramai calon wanita memandangkan parti itu mempunyai ramai calon wanita yang berpotensi.

"Kami menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan tetapi yang penting bukanlah mengenai sama ada parti perlu meletakkan calon wanita atau tidak, sebaliknya untuk memenangi kerusi dalam usaha memperkukuhkan parti. Kami akur dengan apa jua keputusan," katanya.

Ketika ini, Wanita PBB mempunyai tiga wakil rakyat iaitu Timbalan Ketuanya, Datin Fatimah Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Simoi Peri manakala di peringkat pusat pula, Anggota Parlimen daripada PBB ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Rohani Abdul Karim, Nancy Shukri serta Datuk Norah Tun Abdul Rahman.

Empiang, yang juga seorang Senator, mengekalkan jawatannya berikutan resolusi sebulat suara oleh 71 cawangan parti yang mahu supaya jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan, termasuk Timbalan Ketua dan Naib Ketua.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan