Kerajaan Siar Fakta Royalti Minyak Kelantan Di Akhbar Perdana

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan Pusat akan menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar perdana berbahasa Melayu esok mengenai isu royalti minyak di Kelantan bagi memberikan fakta sebenar kepada seluruh rakyat negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Esok seluruh rakyat Malaysia akan memahami dengan sejelas-jelasnya isu ini apabila semua akhbar akan menyiarkan iklan mengenai isu tersebut dan saya yakin fakta yang akan diberikan itu akan lebih meyakinkan semua pihak," katanya selepas Ceramah Perdana Isu Royalti Minyak di sini, malam tadi.

Ceramah anjuran Majlis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali serta lebih 5,000 orang.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata selepas beberapa siri penerangan isu itu di beberapa tempat di negeri ini yang dianjurkan oleh beberapa NGO, penduduk Kelantan kini mula memahami isu sebenar royalti minyak itu.

Beliau berkata siri penerangan itu akan diteruskan lagi sehingga rakyat termasuk yang tinggal di pedalaman benar-benar memahami apa yang dituntut kerajaan Kelantan itu adalah tidak benar mengikut peruntukan undang-undang.

"Alhamdulillah setiap siri penerangan yang kita adakan, ribuan rakyat telah hadir mendengar penjelasan sehingga mengapa kerajaan Pusat bersetuju untuk membayar wang ihsan sebanyak RM20 juta pada bulan depan.

"Penjelasan ini mesti diteruskan sehingga ke kampung-kampung kerana kita tidak mahu mereka terpengaruh dengan perkara tidak benar seperti apa yang didakwa pemimpin pembangkang di Kelantan," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata beliau masih menunggu sama ada kerajaan Kelantan mahu mengheret isu tersebut ke mahkamah atau tidak sebelum beliau membuat keputusan selanjutnya.

Ibrahim sebelum ini memberi tempoh sebulan kepada kerajaan Kelantan sejak 26 Januari lalu untuk membawa isu itu ke mahkamah jika benar mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian dan jika tidak Ibrahim sendiri akan bertindak membawa isu itu ke muka pengadilan.

Tujuan Ibrahim hanyalah untuk membuktikan kerajaan Kelantan takut untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana mahu menjadikan perkara itu sebagai modal semata-mata bagi pilihan raya umum akan datang.

Jika isu itu dibawa ke mahkamah, perkara itu tidak boleh diperdebatkan lagi secara umum sehingga kes itu selesai pada satu tempoh yang panjang.

Ibrahim berkata beliau akan bersama-sama kerajaan Pusat untuk mengadakan siri penerangan yang sama kerana tidak mahu melihat penduduk Kelantan terus ditipu pemimpin PAS. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan