Kerajaan Perlu Tekankan R&D

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu memberi lebih penekanan kepada dasar-dasar dan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk industri sains, teknologi and inovasi (STI), kata ASEAN Academy of Engineering and Technology (AAET).

Presidennya Datuk Hong Lee Pee berkata R&D adalah salah satu langkah untuk meningkatkan industri STI negara.

"Kebanyakan negara yang maju dalam STI membelanjakan kira-kira tiga peratus keluaran dalam negara kasar bagi R&D seperti Taiwan dan Korea," katanya.

Beliau berkata STI merangkumi pelbagai industri, dan oleh itu adalah amat penting bagi kerajaan dan pihak swasta untuk menyokongnya.

AAET dianggotai oleh 58 jurutera dan pakar teknologi terkemuka dari negara-negara ASEAN yang mengemblengkan kepakaran dan pengalaman mereka untuk membangunkan bidang ini di rantau ASEAN.

Bercakap kepada Bernama selepas jamuan Tahun Baru Cina di sini hari ini, Hong berkata Malaysia perlu meningkatkan latihan kemahiran individu memandangkan STI boleh membantu aspirasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan.

"Malaysia ketinggalan dalam memajukan STI berbanding lain-lain negara ASEAN. Walaupun kita sentiasa bercakap tentangnya, dasar-dasar masih belum mencukupi" kata beliau.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan