Kerajaan Cadang Pasang CCTV Pantau Jualan Minyak Di Sempadan - Tan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGKALAN HULU: Kerajaan bercadang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua stesen minyak berhampiran sempadan bagi memantau penjualan minyak kepada kenderaan asing, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Langkah itu bertujuan meningkatkan pemantauan kerana buat masa ini pemantauan hanya dilakukan pegawai penguatkuasa kementerian, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina di sini pada Sabtu.

Larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter kepada kenderaan asing di stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 50 kilometer dari pintu sempadan negara berkuatkuasa 16 Dis lepas.

Mengenai bekalan gula, Tan berkata bekalan bahan itu adalah mencukupi dan kementerian tidak akan berkompromi dengan pemborong atau pembekal yang masih gagal menyediakan bekalan gula kepada pasar raya dan pekedai.

"Bahan itu mencukupi untuk kegunaan dalam negara...tidak ada sebab masalah kekurangan bekalan gula masih berlaku," katanya.

Beliau berkata tindakan tegas termasuk membatalkan lesen dan denda akan diambil terhadap pemborong yang didapati tidak membekalkan bahan itu.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan