Kementerian Pelajaran Timbang Guna Kaedah PFI - Mohd Puad

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran bercadang menggunakan kaedah "Inisiatif Kewangan Swasta" (PFI) bagi membina infrastruktur sukan di sekolah-sekolah, kata Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata kementeriannya bercadang menggunakan kaedah itu berikutan kekurangan peruntukan yang diterima tahun ini serta kos pembinaan infrastruktur sukan yang tinggi.

"Pada tahun ini, sebagaimana yang dimahukan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, sukan akan menjadi elemen yang penting di sekolah-sekolah dan selaras dengan itu kita akan meningkatkan infrastruktur sukannya, " katanya yang juga Anggota Parlimen Batu Pahat kepada pemberita di sini pada Sabtu selepas merasmikan pelancaran Skim Khairat Kematian Percuma Parlimen Batu Pahat.

Mohd Puad memberi contoh tentang perbelanjaan tinggi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan jika ia membuat keputusan untuk membina Sekolah Sukan di mana kos pembinaanya boleh mencecah sehingga RM120 juta sebuah.

"Di dalam pembinaan sebuah Sekolah Sukan, kerajaan bukan hanya membina bangunan sekolah tetapi juga stadium yang siap dengan trek olahraga dan balapan serta gelanggang untuk sukan-sukan yang berlainan" katanya.

Beliau juga berkata walaupun berhadapan dengan kekurangan peruntukan, kementerian tersebut tetap meneruskan peruntukan terhadap beberapa bidang pendidikan yang penting seperti Skim Bantuan Makanan Tambahan, Skim Bantuan Buku Teks dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Mengenai skim khairat itu, Mohd Puad berkata kawasan Parlimen Batu Pahat membelanjakan RM36,000 setahun sebagai bayaran premiumnya bagi membolehkan penduduk yang menyertainya dapat menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh skim terbabit.

"Waris kepada penduduk yang menyertai skim kelolaan Takaful Ikhlas ini akan menerima RM1,000 jika berlaku kematian terhadap pemegang polisi skim ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan