JKJR Pasang Alat Pengesan Laju Pada Kenderaannya

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan memasang alat pengesan kelajuan pada semua kenderaan jabatan itu di seluruh negara bagi membolehkan kelajuan sesebuah kenderaan dikesan dari dalam kenderaan JKJR.

Ketua Pengarah JKJR, Datuk Suret Singh berkata alat yang dikenali sebagai sistem pemantauan kelajuan itu turut dilengkapi 'penembak laser' dan akan diguna untuk operasi rambang mensasarkan bas ekspres.

"Ini sebagai usaha advokasi kempen keselamatan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas memantau penggunaan sistem pemantauan kelajuan bas di Hentian Rehat dan Rawat Nilai (arah Selatan), Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata kenderaan JKJR yang dipasang alat pengesan kelajuan itu akan mengekori bas serta merekod kelajuannya dan jika ia melebihi had laju, pegawai akan menahan bas terbabit seterusnya memberi ceramah kepada pemandu sebelum rekod itu dihantar kepada syarikat bas berkenaan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, katanya Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengarahkan semua syarikat konsesi menyediakan kenderaan tunda bagi mengalihkan kenderaan rosak termasuk bas dan lori dari tepi jalan dalam tempoh 15 hingga 20 minit bagi mengelakkan kemalangan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama LLM yang turut disertai syarikat konsesi minggu lepas.

"Sejak kebelakangan ini, kita dapati banyak kemalangan berlaku disebabkan kenderaan (rosak) yang diletak atau ditinggalkan di tepi jalan, jadi untuk mengelakkannya maka ia (kenderaan rosak) perlu dialihkan segera.

"Sebelum ini memang sudah ada kenderaan tunda di lebuh raya namun tiada garis panduan jelas mengenai tempoh masa yang perlu diambil untuk mengalihkannya, menyebabkan ia sering tersadai di tepi jalan untuk jangka masa agak lama," katanya.

Beliau berkata syarikat konsesi yang tidak mempunyai kenderaan tunda khas bagi kenderaan berat telah diarah melantik pihak ketiga untuk menyediakan perkhidmatan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan