Jalan Ke Taman Negara Kuala Koh Akan Dibaiki - Kesedar

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan membaik pulih laluan ke Taman Negara di Kuala Koh berikutan jalan itu sudah rosak sehingga menjejaskan laluan masuk pelancong ke taman berkenaan.

Pengurus Besarnya Mohd Arshad Ismail berkata pihaknya memohon pertimbangan Kementerian Kewangan peruntukan RM1 juta bagi membaik pulih jalan ke Taman Negara yang rosak teruk sejak setahun lalu.����

"Permohonan mengenai perkara itu sudah dihantar kepada kementerian terbabit dan jika diluluskan dapat membaikinya secepat mungkin bagi mengelakkan kesulitan kepada pengunjung," katanya kepada Bernama.�

Bernama sebelum ini melaporkan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan Muhammad Zaki Talib sebagai berkata laluan ke Taman Negara Kuala Koh itu terjejas teruk akibat musim tengkujuh serta aktiviti lori balak yang kerap menggunakan laluan itu sehingga menjejaskan kemasukan pelancong asing dan tempatan.

Mohd Arshad berkata jalan ke Taman Negara itu semakin terdedah kepada bahaya berikutan kerosakan teruk terutama ketika musim tungkujuh akhir tahun lalu menyebabkan tebing runtuh, longkang tersumbat dan jambatan merekah.���

"Kita akan berusaha bagi mendapatkan peruntukan untuk membaiki jalan, jambatan dan parit yang rosak itu supaya pengunjung dapat pergi ke kawasan itu tanpa ada kebimbangan mengenai bahaya yang berlaku," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan