Isu sebat: Tangani Dengan Berhemah, Jangan Jadi Alat Anasir Luar

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil mahu isu pelaksanaan hukuman sebat terhadap tiga wanita Islam yang disabitkan dengan kesalahan persetubuhan luar nikah baru-baru ini ditangani dengan berhemah.

Menurutnya, pelaksanaan hukuman berkenaan tidak seharusnya dijadikan isu oleh pihak luar bagi menggambarkan negara ini tidak mengamalkan hak sama rata kepada rakyat terutamanya terhadap wanita.

"Isu sebat ini adalah amat sensitif, berhati-hatilah, kita mesti menangani isu ini secara berhemah.

"Jangan kita biar orang gunakan isu ini dan menunjukkan bahawa negara kita taka ada suara untuk wanita... itu tidak benar," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Konvensyen Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sini, hari ini.

Ketua Wanita Umno itu berkata, pihaknya tidak mempertikaikan perlaksaan hukukman berkenaan kerana ia termaktub dalam undang-undang Syariah.

"Saya nak katakan dengan jelas dan nyata, sebagai seorang wanita Islam, saya dan semua wanita umno tidak mempertikaikan.

"Kalau kita melanggar undang-undang, maka kita mesti menghadapi hukuman yang termaktub dalam Syariah... tidak pertikaikan," katanya.

Beliau mengulas pelaksanaan hukuman sebat syariah yang pertama kali dilakukan ke atas tiga wanita Islam pada 9 Februari lalu.

Ia mendapat reaksi meluas masyarakat dan media antarabangsa selain kritikan segelintir pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang menganggap hukuman itu satu diskriminasi ke atas golongan wanita.

Shahrizat bagaimanapun mahu hukuman berkenaan dilakukan tanpa mengaibkan pesalah berkenaan.

"Saya nak minta kepada pihak-pihak tertentu bila menjatuhkan hukuman jangan lupa salah satu prinsip dalam Syariah ialah jangan kita aibkan orang.

"Pendidikan juga sebagai satu cabang dalam penghakiman... jangan jatuhkan maruah sesiapa, itu prinsip dalam syariah," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan