IPT Diarah Bekerjasama Dengan Jabatan Agama Bendung Ajaran Sesat

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Kementerian Pengajian Tinggi mengarahkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini bekerjasama dengan pihak berkuasa agama di setiap negeri bagi membendung aktiviti ajaran sesat di institusi masing-masing.

Arahan itu dibuat berikutan laporan media baru-baru ini mengenai ajaran sesat yang diamalkan oleh sekumpulan pelajar yang membenarkan perkahwinan tanpa melalui proses nikah biasa sehingga menyebabkan seorang pelajar mengandung tujuh bulan.

"Jika laporan itu benar pihak institusi awam dan swasta di negara ini mesti bekerjasama dengan pihak jabatan agama untuk menyiasat perkara tersebut sebelum sebarang tindakan diambil," kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Usahawan Siswazah Malaysia di Kong Kong, Masai di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Khaled menyeru agar institusi kewangan menyokong sebarang program yang melibatkan usahawan siswazah di negara ini.

Beliau berkata kementeriannya berusaha melahirkan lebih ramai siswazah yang melibatkan diri dalam keusahawanan tetapi usaha tersebut tidak akan berjaya tanpa bantuan kewangan daripada institusi kewangan seperti bank-bank komersil. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan