Insiden Kerosakan Rumah Ibadat Bukan Bermakna 1Malaysia Gagal - PM

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berkata beberapa insiden yang mengakibatkan kerosakkan rumah ibadat yang dilaporkan berlaku dalam negara sebelum ini tidak boleh dilihat sebagai satu kegagalan kepada gagasan 1Malaysia.

Beliau berkata tindakan yang dilakukan oleh kalangan mereka yang bersikap keterlaluan atau ekstremis sehingga membawa kerosakan kepada rumah-rumah ibadat itu sebaliknya jelas memperlihatkan keperluan gagasan itu kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kalau kita berada di jalan tengah, bersikap sederhana, moderate di dalam sikap dan pendirian, maka lambat laun mereka (ekstremis) tidak ada tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana kita menyokong gagasan 1Malaysia," katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Pandamaran di sini malam ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia seharusnya menjadikan insiden itu sebagai satu cabaran serta iktibar, dan semua pihak perlu bersatu dengan semangat satu rakyat dalam sebuah negara.

Najib berkata kalau tuah ayam nampak di kaki, tuah Malaysia ialah pada rakyatnya yang unik, yang datang daripada pelbagai kaum dan ia tidak terdapat di negara-negara lain.

"Dalam Malaysia rakyatnya menyambut enam perayaan peringkat nasional di mana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengiktiraf warisan budaya kaum minoriti sebagaimana kerajaan (Malaysia) menghargai dan mengiktirafnya," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat berbilang kaum di Pandamaran yang keluar beramai-ramai dan sanggup menunggu beliau bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor walaupun berada di tengah hujan.

Beliau berkata kerajaan boleh mengadakan majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan ini di sebuah stadium, hotel yang hebat atau ditengah-tengah bandar besar, tetapi memilih untuk mengadakannya di Kampung Baru Pandamaran.

Menurutnya sebelum ini ada pihak yang berkata kalau majlis rumah terbuka ini diadakan di Pandamaran tidak akan ada sambutan, malah mereka mengadakan majlis lain supaya tidak ramai menghadiri majlis malam ini.

"Bagaimanapun malam ini saya rasa sangat berbesar hati, amat gembira, (kerana) saya dan rakan-rakan saya dapat sambutan yang hangat di kalangan masyarakat Tionghua yang tinggal di Pandamaran ini," katanya.

Najib berkata kesanggupan masyarakat Tionghua di Pandamaran keluar beramai-ramai menyambut ketibaan beliau bersama rombongannya ke majlis malam ini jelas memperlihatkan kehebatan semangat Gagasan 1Malaysia, dan ini membuktikan ia bukan hanya satu slogan kosong.

Najib berkata beliau merasakan ada kelainan pada penganjuran majlis seumpama ini di mana ia dilaksanakan dengan protokol yang kurang ketat dan tiada hamparan permaidani merah.

Perdana Menteri kemudiannya melakukan sentuhan penamat abjad terakhir kaligrafi Cina yang disediakan pada majlis itu yang membawa maksud 1Malaysia, sebagai simbolik pelancaran majlis malam ini.

Najib bersama barisan pemimpin dan masyarakat tempatan kemudiannya bersama-sama menggaul Yee Sang yang merupakan juadah tradisi masyarakat Tionghua dalam menyambut ketibaan Tahun Baru Cina.

Sebelum beredar pulang, Perdana Menteri singgah sebentar melawat Kuil Penganut Dewa Kuan Seh Keong di tepi jalan Chan Ah Choo di mana acara itu diadakan untuk beramah mesra dengan ahli jawatankuasa kuil itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan