Cintakan Keluarga Selamatkan Pijah

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norlaili Afizah Omar menitiskan air mata selepas pulang semula ke pangkuan keluarga di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur semalam. - Foto Utusan
Norlaili Afizah Omar menitiskan air mata selepas pulang semula ke pangkuan keluarga di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur semalam. - Foto Utusan

KUALA LUMPUR: Ternyata detik hatinya yang teringatkan keluarga terutamanya ibu yang mengidap penyakit mental, telah menyelamatkan gadis ayu berusia 19 tahun, Norlaili Afizah Omar daripada terus terjerat dalam perangkap cinta sehingga sanggup meninggalkan keluarga sebelum merancang untuk berkahwin lari di Jawa Timur.

Selepas seminggu menghilangkan diri, Norlaili atau dikenali sebagai Pijah membuat keputusan drastik yang mungkin tidak diduga kekasihnya dikenali Sarjo atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jo pulang ke pangkuan keluarganya semalam.

Bagi gadis berusia 19 tahun itu, akibat dilamun cinta dengan buruh binaan itu menjadikan jiwanya tidak keruan sehingga sanggup melarikan diri dari rumah pada 12 Februari lalu.

Gadis itu pulang seorang diri dari tempat persembunyian di sebuah kawasan setinggan di Sungkai, Perak. Teman lelakinya yang dikenalinya sejak enam tahun lalu pula didakwa telah kembali ke negara asalnya.

"Sehari sebelum bertolak ke Indonesia, hati Pijah begitu berat untuk terus ikut Abang Jo (nama teman lelaki). Pijah mula fikir keluarga terutama emak yang menghidap sakit mental. Akhirnya Pijah pilih untuk pulang kepada keluarga," kata Pijah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Setia Jaya, Setapak seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia dan Kosmo! di sini hari ini.

Sambil sesekali berlinangan air mata, dia menyatakan kekesalan kerana telah menyusahkan keluarga dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu.

"Bagi Pijah cinta itu buta, apatah lagi kalau melibatkan rakyat asing. Ia akan menyusahkan keluarga dan orang lain kalau salah bertindak," ujarnya yang mengakui Abang Jo seorang yang baik.

Kehilangan Pijah pada 12 Februari lalu hanya disedari oleh kakaknya setelah terbaca nota: "Abah mulai hari ni, Pijah tak balik rumah sebab ikut Abang Jo pergi Indonesia, kami nak kahwin di sana."

Menceritakan perjalanan hidup selama tujuh hari bersama lelaki Indonesia itu, dia memberitahu, mereka berdua tinggal di sebuah rumah setinggan yang disewa dari rakannya di Sungkai, Perak.

"Pada hari kejadian (12 Februari), Pijah naik LRT di Stesen Melati seorang diri dan berjumpa dengan Abang Jo di Stesen Pasar Seni. Kami dah berjanji jumpa di sana.

"Dari situ kami beli tiket bas ke Sungkai dan malamnya kami sampai di sana," tambahnya.

Mengenai perancangan melarikan diri ke Indonesia, Pijah berkata, mereka sepatutnya bertolak pukul 5.30 pagi Rabu lalu melalui jalan sungai kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

"Walaupun hasrat berkahwin dan tinggal bersama Abang Jo di Indonesia telah dirancang sejak dua tahun lalu, tapi bila fikirkan ibu bapa dan keluarga, hati Pijah berubah," katanya.

Akhirnya, pada pukul 8 malam semalam, dia menaiki bas seorang diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya.

Pada sidang akhbar itu, Pijah yang sebelumnya kelihatan tenang dan petah bercakap terus mengalirkan air mata apabila melihat bapanya, Omar Mahmud, 56, dan adik beradik.

Mereka sekeluarga kemudiannya berpelukan sambil Pijah tidak putus-putus memohon maaf.

Ditanya sama ada jiran di rumah sewa mereka di Sungkai mengenalinya selepas membaca berita kehilangan itu, Pijah berkata: "Mereka tak kenal pun. Lagipun rakan-rakan tak dapat hubungi Pijah sebab sudah beri telefon bimbit kepada Abang Jo. Pijah tahu berita kehilangan ini pun dari rakan Abang Jo yang datang ke rumah kami Selasa lalu."

Pijah berkata, sejak tiga bulan lalu, dia mula mengeluarkan pakaiannya sedikit demi sedikit dari rumah sebagai persiapan untuk ke Indonesia.

Dalam pada itu, Pijah turut menasihati para remaja supaya tidak mengikut jejak langkahnya dan menurut kehendak hati dalam membuat sesuatu keputusan.

Dia juga berharap pengalamannya itu menjadi pengajaran kepada gadis-gadis Malaysia supaya tidak mudah terperangkap dengan cinta warga asing.

Pijah yang suka menyanyi turut berharap dapat menyertai program hiburan realiti TV3, Mentor jika diizinkan oleh bapanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh yang menggerakkan usaha mencari Pijah meluangkan masa kira-kira sejam melawat Pijah dan keluarganya tengah semalam.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan