BN Perlu Teliti Cadangan Pinda Perlembagaan Untuk Perluas Jaringan Sahabat

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu meneliti secara terperinci semua cadangan pindaan perlembagaan parti yang akan melibatkan perluasan jaringan sahabat kepada kumpulan yang mendukung parti kerajaan itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada masa kini, BN tidak boleh menerima mana-mana badan yang hendak bergabung atau ingin bersekutu dengan BN kerana itu tidak terkandung di dalam perlembagaan parti.

"Sejak sekian lama, banyak pertubuhan politik atau bukan politik menyokong BN dan bersetuju dengan dasar BN, dan kalau boleh mahu bersama-sama dalam organisasi BN.

"Atas dasar itu, kita berpendapat memang sudah sampai masa supaya jaringan sahabat ini kita perluaskan tapi bagaimana corak itu dilaksanakan akan diteliti oleh jawatankuasa pengurusan yang dipengerusikan oleh saya sebelum dibawa ke jawatankuasa tertinggi BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata semua parti komponen diminta menghantar wakil-wakil mereka di dalam jawatankuasa khusus bagi mengkaji cadangan pindaan perlembagaan itu yang akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengkaji bentuk pindaan yang boleh dibuat.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Dewan Tertinggi BN berkata antara cadangan pindaan perlembagaan yang perlu diberi perhatian ialah daripada aspek memberi ruang kepada badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan politik atau orang perseorangan yang mahu menyertai BN.

"Kita harus meneliti pro dan kontra beberapa cadangan sama ada ia nak dibuka kepada badan-badan pertubuhan politik sahaja atau ia akan dibuka kepada badan bukan politik seperti organisasi ekonomi, NGO sosial dan kebajikan yang mendukung perjuangan BN dan mahu bersama-sama BN.

"Atau adakah kita boleh menerima permohonan individu untuk menjadi ahli BN secara langsung itu pun kita harus teliti. Itupun ada pro dan kontra, apapun perkara ini akan kita perhalusi," katanya.

Menurutnya perbincangan mengenai cadangan pindaan ini akan disiapkan untuk dibentangkan pada konvensyen BN hujung tahun ini.

Pada Jumaat, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa satu konvensyen parti itu akan diadakan bagi meminda perlembagaan BN untuk memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, NGO dan individu yang cenderung menyokong mereka.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan