Bekas Menteri Besar Perak Kemalangan, Penunggang Motosikal Maut

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motorsikal warga Indonesia menyebabkan mangsa (penunggang motorsikal) meninggal dunia dalam kejadian di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi dikenali sebagai Rina Kumala, 23, yang bekerja sebagai buruh ladang di sebuah syarikat di sini.

Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan pada masa sama kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier gagal mengelak lalu merempuh motorsikal terbabit, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai sebuah majlis di situ. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan