Alam Flora Pasang CCTV 52 Tapak Pembuangan Sampah Haram

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR : Alam Flora Sdn Bhd telah mengenal pasti 52 lokasi kawasan panas yang dijadikan tapak pembuangan sampah secara haram di sekitar Lembah Klang dan bercadang memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah pencegahan di lokasi yang kritikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Datuk Zahri Abdul Ghani berkata tahun lepas, Alam Flora telah memasang CCTV di empat kawasan panas iaitu di stesen Monorel Brickfields, Changkat Bukit Bintang, Jalan Brunei dan Taman Andalas Klang dan ia berjaya mengurangkan aktiviti pembuangan sampah secara haram antara 90 dan 93 peratus di kawasan terbabit.

Katanya syarikat itu membersihkan sejumlah 933 tan sampah dari 52 tapak pembuangan sampah haram itu setiap bulan.

"Kawasan hotspot yang selebihnya ini masih berada pada tahap yang tidak serius dan kempen-kempen kesedaran serta pemerhatian akan terus dijalankan tetapi jika berlakunya peningkatan pembuangan sampah, CCTV juga akan dipasang di kawasan tersebut," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program menanam pokok di Taman Tasik Manjalara, Kepong, di sini hari ini.

Program bertemakan 'Kami Menghijaukan Persekitaran' itu disertai oleh kira-kira 200 penduduk setempat dengan menanam 30 batang pokok di atas sebidang tanah yang dahulunya tapak pelupusan sampah haram. Zahri berkata sikap tidak bertanggungjawab segelintir peniaga kedai makan atau restoran 24 jam, penjaja tanpa lesen dan peniaga pasar malam yang tidak mempunyai tong sampah menjadi penyumbang kepada wujudnya tapak pembuangan sampah secara haram itu.

Katanya kegiatan ini berlaku apabila peniaga-peniaga terbabit mengelak daripada menggunakan tong sampah yang dibekalkan oleh Alam Flora kerana tidak mahu membayar caj tambahan yang dikenakan syarikat yang menguruskan sisa buangan pepejal itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan