Presiden PAS Selar Anggota Parlimen Australia

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata Pas tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

Mengenai cadangan Pas untuk menjalin kerjasama dengan Umno dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata Pas sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan Umno.

"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan