Polis Melaka Selesai Siasatan Kes Datuk Nasir

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis telah melengkapkan siasatan berhubung aduan tehadap bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada satu seminar di Ayer Keroh awal bulan ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada pejabat Pendakwa Raya.

Bercakap kepada pemberita selepas pada majlis penutupan Kursus Asas Motosikal Berat di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka di sini hari ini, beliau berkata polis telah merakamkan percakapan Nasir selama dua jam di Putrajaya pada minggu lepas.

Siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan polis telah mengambil keterangan 49 saksi termasuk peserta kursus dan enam wartawan tempatan.

Sebanyak 58 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung ucapan Nasir pada Seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Mohd Rodwan juga berkata polis Melaka bercadang menubuhkan satu pasukan pencegahan jenayah menggunakan motosikal berkuasa tinggi yang memakai uniform biru bagi menjalankan rondaan pencegahan jenayah dan operasi.

"Dengan latihan khusus untuk meronda di kawasan perumahan dan kawasan terpencil, pasukan ini akan bertemu dan bertanya khabar orang ramai bagi tugasan polis berprofil tinggi," katanya.

Beliau berkata sebagai permulaan sebanyak 12 motosikal lama berkuasa 750cc milik unit polis trafik akan diubah suai untuk digunakan bagi pasukan itu.

Mohd Rodwan adalah antara 21 penerima sijil kursus selama empat minggu itu. Sijil disampaikan oleh Komandan Maktab Teknik PDRM Muar, SAC II Raja Musa Raja Razak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan