Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditangguh 25 Mac

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan balas oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dijalankan pada 25 Mac.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menetapkan tarikh sebutan kes sementara menunggu keputusan rayuan Anwar kepada Mahkamah Rayuan terhadap penolakan permohonan Anwar oleh Mahkamah Tinggi untuk hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Mohamad Zabidin membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan.

Peguam bela utama, Karpal Singh memaklumkan mahkamah bahawa beliau akan memfailkan notis rayuan itu, semalam.

Pihak pembelaan dijadual memeriksa balas Mohd Saiful pada 8 Februari selepas pihak pendakwaan menamatkan pemeriksaan utama pada 5 Februari tetapi Anwar telah merayu supaya hakim perbicaraan menarik diri.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) minta dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Pada permulaan perbicaraan hari ini, mahkamah mendengar pertikaman lidah antara Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila Mohamed Yusof memohon penjelasan sama ada pihak pembelaan berhasrat untuk merayu berhubung keputusan semalam.

Mohamed Yusof berkata, jika pihak pembelaan berjaya dalam rayuannya, keseluruhan prosiding setakat ini perlu dibuang.

Karpal Singh memberi respons segera dengan berkata bahawa ia terpulang kepada budi bicara pihak pembelaan sama ada untuk memfailkan rayuan dan beliau bersedia untuk memeriksa balas Mohd Saiful semalam.

"Ia bukan persoalan sama ada kami akan membuat rayuan tetapi kami tidak mahu dituduh mengamalkan taktik melambat-lambatkan.

"Kami bersedia meneruskan perbicaraan ini memandangkan terlalu banyak elemen terlibat yang menyaksikan satu bantahan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia semalam yang diketuai Pemuda Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya.

Kira-kira 500 orang diketuai oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkumpul di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini semalam bagi membantah dakwaan mengenai tekanan yang dibuat oleh 50 Anggota Parlimen Australia ke atas kerajaan Malaysia bagi menggugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar.

Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaan tidak pernah menuduh pihak pembelaan dengan taktik melambat-lambatkan perbicaraan tetapi Karpal Singh sendiri yang membangkitkan perkara itu.

"Kami semua bertanggung jawab dengan rakyat Malaysia dan mereka ingin tahu kebenaran," katanya.

Anwar yang duduk di kandang tertuduh berkata:" Ya, untuk kebenaran, tapi bukan penipuan yang terang-terangan".

Beberapa orang awam yang berada di mahkamah kedengaran berteriak: Kebenarannya..adalah konspirasi."

Karpal Singh berkata, mahkamah tidak boleh menyalahkan Anwar atas apa yang diperkatakannya kerana "ia adalah penipuan yang terang-terangan".

Pada waktu itu, Hakim Mohamad Zabidin meminta Karpal Singh untuk memberikan jaminan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan rayuan hari ini.

Hakim Mohamad Zabidin juga berkata, pihak pembelaan mempertikaikan kelayakannya untuk mendengar kes tersebut, oleh itu penting supaya perkara itu (keputusan hari ini) diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi kerana ia membabitkan isu keadilan.

"Jika dibiarkan perkara ini (keputusan itu), bila Mahkamah Rayuan mendapati keputusan saya yang tidak menarik diri adalah silap, maka semua keterangan yang sedia ada akan dibuang," katanya.

Pada perbicaraan hari ini, fokus media dan orang ramai di galeri awam adalah terhadap tiga pakar perubatan yang dilantik oleh pasukan pembelaan Anwar.

Mereka ialah pakar DNA Dr Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia, dan dua pakar forensik Prof Dr C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan