Kementerian Pelancongan Bidas Kelantan Abai Aspek Kebersihan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kementerian Pelancongan membidas kerajaan Kelantan kerana mengabaikan aspek kebersihan terutama di kawasan tumpuan pelancong kerana ia secara tidak langsung menggagalkan usaha kementerian menarik ramai pelancong ke negeri itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata ekoran kegagalan Kelantan itu, Kementerian Pelancongan mengambil langkah berhati-hati dengan pengagihan peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) kelak.

"Dalam RMK-9 kementerian memperuntukkan RM31 juta tetapi ia gagal dimanfaatkan oleh kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memajukan pusat pelancongan seperti di pantai-pantai dan di bandar-bandar utama.

"Sebab itu kementerian kali ini akan berhati-hati dalam menyalurkan peruntukan baru agar pelaksanaan tidak menjadi seperti yang lalu apabila PBT mengambil sikap sambil lewa membantu kementerian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Riang Ria Sambutan Tahun Baru Cina di sini, hari ini.

Lebih 3,000 masyarakat berbilang kaum hadir pada majlis itu termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Kota Baharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh. Ng berkata peruntukan yang bakal diberikan kepada Kelantan nanti akan memberi keutamaan kepada peningkatan infrastruktur di lokasi pelancongan seperti pembinaan tandas dan kemudahan asas lain.

"Dalam tinjauan, saya mendapati tandas awam di Kelantan begitu kotor dan tiada penjaga dan sebab itu saya juga mengsyorkan kepada Kelantan agar mengambil warga emas dan ibu tunggal bagi bekerja sebagai penjaga di tandas awam, sekaligus dapat membantu mereka," katanya.

Ng mengakui beliau menerima rungutan pelancong mengenai perkara itu yang secara tidak langsung memberikan impak tidak baik terhadap industri pelancongan negara.

"Kementerian akan menumpukan kepada konsep eko-tourism yang menjadi daya tarikan utama pelancong ke Kelantan selain memajukan program inap desa agar Kelantan menjadi tumpuan pelancong," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan