Jumlah Peminat 'Facebook' PM Kini Lebih 100,000

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gembira dan terharu dengan sambutan rakyat terhadap laman sosial 'Facebook'nya dengan peminat berdaftar meningkat lebih 100,000 orang hari ini.

Sejak diperkenalkan November tahun lepas, bilangan peminat kini mencecah 101,237 orang termasuk warga asing.

"Saya gembira dan terharu dengan respon yang ditunjukkan oleh peminat menerusi pesanan yang dtinggalkan dalam laman sosial ini," kata Najib dalam 'Facebook' yang dikemaskinikan pada pukul 4 petang ini.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya kerana membantu menjayakan laman sosialnya serta mengadakan forum untuk berbincang.

"Biar kita teruskan trend peningkatkan lajakan ini," katanya.

Sejam kemudian, beliau menerima lebih 200 komen daripada peminatnya, antara lain memberi jaminan sokongan terhadap kepimpinannya dan berharap beliau sentiasa berada di landasan betul untuk membawa keamanan dan kesejahteraan kepada negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan