Bekas Menteri Besar Perak Kemalangan, Penunggang Motosikal Maut

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motorsikal warga Indonesia menyebabkan mangsa (penunggang motorsikal) meninggal dunia dalam kejadian di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi dikenali sebagai Rina Kumala, 23, yang bekerja sebagai buruh ladang di sebuah syarikat di sini.

Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan pada masa sama kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier gagal mengelak lalu merempuh motorsikal terbabit, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai sebuah majlis di situ. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan