Badan Kehakiman Malaysia Jamin Keadilan Untuk Semua - Anifah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Badan kehakiman Malaysia beroperasi mengikut standard perundangan di negara maju lain, yang memastikan setiap orang mendapat perbicaraan secara adil, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam.

"Sistem kami menjunjung tinggi dan menghormati kebebasan mahkamah dalam mencari fakta dan melaksanakan undang-undang secara adil," katanya dalam kenyataan bagi mengulas permintaan anggota senat Amerika John Kerry baru-baru ini agar Kerajaan Malaysia memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan secara adil.

Anifah berkata Malaysia memberi perhatian terhadap permintaan senator itu.

Katanya di samping semua warganegara perlu mengelak daripada menyalakan api kemarahan atau bersikap prejudis terhadap keputusan sesuatu perbicaraan, penjawat awam pula khususnya, perlu mengelak daripada mempolitikkan perbicaraan kes tertentu.

Anifah berkata demi melindungi hak semua pihak yang terlibat dalam sesuatu prosiding dan bagi memelihara kedaulatan undang-undang secara keseluruhannya, mana-mana pegawai kerajaan yang tidak mempunyai kaitan dengan pendakwaaan dan pembelaan, atau mana-mana orang luar, tidak boleh bertindak bagi mempengaruhi keputusan berkaitan perkara yang dibicarakan.

Katanya tonggak penting dalam sistem kehakiman Malaysia ialah menghormati hak pihak yang membuat tuduhan dan pihak tertuduh dalam sesuatu perbicaran, tanpa bersikap berat sebelah atau memihak kepada sesiapa.

Bagi kes melibatkan orang terkenal pula, tekanan luar amat perlu dihindari agar setiap pihak berpeluang membentangkan kes mereka kepada hakim yang adil dan tidak memihak kepada sesiapa, katanya.

"Kerajaan kami amat komited dalam memelihara kedaulatan undang-undang di Malaysia.

"Sistem undang-undang kami bertanggungjawab meneruskan perbicaraan ini, bukan kerana tertuduh adalah seorang tokoh politik terkenal, tetapi kerana ia bertanggungjawab melindungi semua rakyat Malaysia berlandaskan undang-undang, mendapatkan keadilan dan mengelak wujudnya sebarang bentuk prejudis terhadap mana-mana pihak dalam perbicaraan ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan