Salah Guna Kuasa: Zahrain Cabar Lim Lapor SPRM

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mempunyai bukti kukuh beliau terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Lim diminta menggunakan saluran undang-undang kerana terus mengaitkan diri dan keluarganya dalam urusan mendapatkan tender bernilai RM40 juta bagi mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

"Saya nak cabar Lim supaya heret saya kepada SPRM kalau benar dia ada bukti yang mengatakan saya salah guna kuasa sebagai Pengerusi IGP (Island Golf Properties Sdn Bhd)," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan Lim mempunyai bukti yang cukup bagi mempertahankan dakwaannya bahawa Zahrain kecewa kerana gagal mendapatkan tender bagi syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan sebelum tender projek itu dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

Setiausaha Agung DAP itu juga menyatakan beliau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang berhubung kenyataannya itu.

Ahad lalu, Zahrain menyatakan pendiriannya mengambil tindakan undang-undang terhadap Lim kerana memfitnahnya dengan mendakwa beliau keluar daripada PKR kerana menjaga kepentingan peribadi.

Dalam pada itu Zahrain berkata, beliau sedia disiasat oleh SPRM bagi membersihkan namanya daripada tuduhan yang disifatkan sebagai keterlaluan.

"Saya lebih rela kalau SPRM nak siasat saya, biar orang tahu kebenarannya nanti.

"Kalau dia berani, sila buat aduan kepada SPRM... jangan nak tuduh saya dan nak kaitkan dengan ahli keluarga saya," tegasnya.

Selain itu, Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata, beliau mahu Lim menjelaskan dengan lebih terperinci berhubung dakwaan beliau kecewa dengan isu tender berkenaan.

Menurut beliau, kenyataan Lim sebelum ini terlalu 'longgar' kerana tidak disertakan penjelasan khusus kononya beliau tidak berpuas hati dengan isu itu.

"Lim jangan nak main 'wayang kabur', kalau nak main wayang biar jalan ceritanya jelas.

"Tolong kata dengan jelas mengapa dakwa saya kecewa dengan isu tender itu? Dia tak boleh buat gambaran secara rawak sahaja... Ini bagi memudahkan peguam saya untuk mengumpul bukti bagi meneruskan tindakan undang-undang terhadapnya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan