Penduduk Kampung Baru Diharap Tidak Keliru Dengan Bayaran RM4 Juta

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilik tanah di Kampung Baru diharap tidak terkeliru dengan bayaran RM4 juta yang bakal diberikan kerajaan sekiranya mereka bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, harga sebenar bayaran yang akan diterima penduduk adalah bergantung kepada keluasan tanah masing-masing.

"Kalau harga sepenuhnya jika kawasan itu telah dimajukan dalam RM20 bilion kita dibahagikan dengan lebih kurang 5,000 pemilik, kita dapat lebih kurang RM4 juta (seorang). Tapi kita mesti tahu daripada 5,000 tu ada tanah yang kecil, yang besar, jadi tak semestinya seorang dapat RM4 juta," katanya selepas merasmikan Taman Tasik Datuk Keramat di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail.

Raja Nong Chik berkata, bayaran RM4 juta itu hanyalah harga rambang dalam memberi gambaran kepada potensi pembangunan itu kelak.

Sebelum ini laporan mengatakan bahawa pemilik tanah di Kampung Baru bakal menjadi jutawan dengan menerima bayaran sehingga RM4 juta seorang jika mereka bersetuju dengan cadangan konsep pembangunan semula kawasan itu.

Ini adalah berikutan nilai tanah di kawasan itu kini melebihi RM20 bilion untuk 80 hektar.

Raja Nong Chik dalam sidang media itu turut berkata, elemen atau ciri-ciri kampung Melayu turut akan dikekalkan pada pembangunan semula Kampung Baru itu kelak selain menambah elemen moden.

"Yang pasti ciri-ciri kampung Melayu itu akan dikekalkan tapi dengan cara yang modenlah. Tak bolehlah kita buat rumah kampung, kalau buat rumah kampung di situ, takdalah harganya sampai RM20 bilion," katanya.

Beliau berkata, kementerian akan berbincang dengan 'stakeholder' khususnya pemilik tanah di Kampung Baru berhubung perkara itu selepas jemaah menteri meluluskan konsep pembangunan di kawasan itu.

"Saya sendiri akan 'turun padang' ke kampung baru untuk dapatkan maklum balas tentang cadangan (pembangunan) itu sebaik sahaja jemaah menteri meluluskan konsep pembangunan ini dalam masa dua bulan lagi," katanya.

Beliau menjelaskan kementerian akan menubuhkan satu badan yang mengendalikan pembangunan Kampung Baru itu yang mana badan tersebut dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan