Lebuh Raya Pantai Bakal Tingkat Jumlah Penduduk Sierra Perdana

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siapnya lebuh raya pinggir pantai yang dinaik taraf kepada enam lorong bukan hanya bakal menambah jumlah penduduk dalam projek pembangunan Mah Sing Group (MSGB), Sierra Perdana, tetapi juga menaikkan harganya, demikian menurut MIDF Research House.

Lebuh raya berkenaan katanya, yang merentasi Sierra Perdana di Johor, akan mengurangkan masa perjalanan ke Permas Jaya dan bandar raya Johor Bahru kepada hanya beberapa minit.

"Ini dijangka menarik permintaan untuk pembangunan masa depan," demikian menurut MIDF dalam nota penyelidikannya hari ini. Antara projek MSGB in Johor ialah Sri Pulai I, Sri Pulai II dan Austin Perdana di Johor.

Menurut firma itu lagi, harga hartanah MSGB meningkat antara 12 peratus hingga 15 peratus dalam tempoh lima tahun kecuali pembangunan teres di Sri Pulai 1 di mana harga melonjak 79 peratus dalam masa tujuh tahun.

"Peningkatan kukuh ini disebabkan oleh penyenggaran pembangunan hartanah yang baik termasuk taman, pengawal keselamatan, keadaan jalan dan kemudahan awam ," jelasnya.

MIDF berkata, pembangunan MSGB di Johor yang menyumbang 15 peratus daripada jumlah nilai pembangunan kasarnya (GDV), akan terus memacu pendapatan masa depannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan