Kenyataan Bantah Hukuman Sebat Seperti Tidak Faham Sistem Perundangan - PPMM

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyifatkan kenyataan beberapa pihak yang mempertikaikan sebatan syariah ke atas tiga pesalah syariah wanita baru-baru ini memeprlihatkan masih ada yang tidak memahami dwisistem perundangan yang diamalkan di negara ini.

Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar berkata kenyataan oleh Sisters in Islam (SIS), Majlis Peguam dan beberapa pihak lain juga membayangkan mereka tidak pernah melihat bagaimana hukuman sebat syariah dijalankan.

"Perlulah ditegaskan sekali lagi di sini bahawa sebatan syariah jauh berbeza daripada sebatan sivil.

"Sebatan syariah tidak mencederakan mahupun melukakan pesalah berbanding dengan sebatan sivil yang meninggalkan parut dan kesan dalam jangka masa dua tahun.

"Sebatan syariah adalah umpama bapa atau guru yang merotan anak yang telah melakukan kesilapan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata kenyataan yang menyifatkan sebatan syariah sebagai zalim dan kejam adalah amat keterlaluan dan menunjukkan pihak berkenaan tidak mempunyai asas perundangan dan Hukum Syarak.

Ini kerana katanya sebatan syariah mempunyai falsafah yang tersendiri dan berakar umbi daripada sumber hukum Islam yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, dan mempertikaikan efektif atau tidaknya hukuman sebatan Islam ini samalah seperti mempertikaikan hikmah dan mukjizat al-Quran dan Rasul.

"Dalam masa yang sama PPMM bersetuju sebatan sivil itu adalah kejam dan perlu dihapuskan. Sebatan sivil itu juga tidak Islamik. Sebatan yang mencedera dan mengerikan itulah yang patut dihapuskan kerana melanggar hak asasi manusia.

"Malah Resolusi Majlis Peguam yang diluluskan beberapa tahun lepas juga memberi penekanan aspek kekejaman sebatan sivil. Ini adalah kerana sebatan syariah tidaklah sekejam yang digambarkan itu," katanya.

Beliau berkata PPMM percaya anggotanya di dalam Majlis Peguam juga tidak bersetuju sebatan syariah dihapuskan.

Zainul Rijal seterusnya meminta agar hukuman sebatan syariah yang masih belum dilaksanakan termasuklah kes Kartika Sari Dewi Sukharnor dilakukan segera agar keadilan kepada pesalah syariah itu sendiri dapat dilakukan.

"PPMM menyokong usaha kerajaan memartabatkan perundangan syariah melalui sebatan syariah bagi pesalah yang telah disabitkan atas kesalahan yang membawa hukuman sebat," katanya.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pada 9 Jan lepas buat pertama kali hukuman sebat dijalankan ke atas wanita membabitkan tiga pesalah jenayah syariah.

Kenyataan itu membawa respons daripada beberapa pihak termasuk SIS yang antara lain menyifatkannya sebagai zalim dan diskriminasi terhadap kaum wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan