KDN Kaji Laksana Program Kurang Kesesakan Di Penjara

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Dalam Negeri sedang mengkaji usaha melaksanakan program-program khusus bagi mengurangkan kesesakan di penjara, memandangkan ketika ini terdapat 36,040 banduan yang ditempatkan di 31 penjara di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata antaranya termasuk mengkaji kemungkinan menghantar 10,800 warganegara asing yang mewakili kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan penghuni penjara ketika ini, kembali ke negara asal mereka.

"Kami juga sedang mengkaji cadangan supaya banduan-banduan yang dikategori sebagai pesalah kes ringan seperti mencuri atau kes ragut tidak dipenjarakan, sebaliknya dikenakan program khidmat masyarakat atau tunas bakti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Penjara Sungai Udang di sini hari ini.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Pembinaan kompleks penjara bernilai RM305 juta di atas kawasan seluas 52 hektar yang bermula sejak akhir tahun 2006 itu kini hampir siap sepenuhnya dan ia dijangka akan menempatkan 2,000 banduan termasuk 300 banduan wanita.

Kompleks penjara yang dijangka beroperasi sepenuhnya Mei ini antara lain melibatkan pembinaan sel penjara lelaki dan wanita, kediaman kakitangan dan berek bujang, masjid, bengkel kenderaan, rumah kelab, bangunan perusahaan dan dewan serbaguna.

Hishammuddin berkata cadangan untuk menghantar banduan ke negara asal akan melibatkan rundingan dua hala dengan kerajaan negara-negara tersebut yang kini sedang berjalan.

Menurutnya terdapat 18,784 banduan yang sedang menjalani hukuman bersabit dengan kesalahan yang berkaitan kes-kes jenayah berat seperti bunuh dan rogol ketika ini, manakala kes ringan bagi kesalahan seperti ragut dan curi pula membabitkan 17,256 banduan.

Beliau juga berkata pihak kementerian merancang untuk membina sebuah penjara kesihatan dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh nanti, yang akan menempatkan banduan yang yang mengidap HIV/AIDS, tibi, hepatitis dan masalah mental.

"Ketika ini banduan berkenaan yang kini berjumlah 1,607 orang, diasingkan di blok-blok khusus," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan