Jawatankuasa Pemantauan Iklan Ditubuh Dalam Akta Perlindungan Pengguna

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Pengguna yang akan dipinda pada sesi sidang Dewan Rakyat Mac depan antara lain akan mewujudkan satu jawatankuasa pemantauan pengiklanan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jawatankuasa pemantauan berkenaan dilaksanakan bertujuan mengelakkan pengguna daripada berdepan dengan iklan yang mengelirukan mereka.

"Pindaan kepada akta ini antaranya mewujudkan satu jawatankuasa pemantauan kepada pengiklanan. Ia sebenarnya hasil daripada perbincangan kita dengan Gabungan Persatuan Pengguna-Penguna Malaysia (FOMCA) yang mana kita melihat ketika ini terlalu banyak iklan yang didapati mengelirukan pengguna," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2010 di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagi pelaksanaan penubuhan jawatankuasa tersebut, beliau akan melantik anggota-anggota jawatankuasa untuk memantau serta meneliti sebarang aduan yang diterima.

Katanya, Akta Perlindungan Pengguna itu juga dipinda bagi menambah klausa baru berkenaan terma kontrak yang tidak adil, iaitu memberi hak kepada pengguna untuk mencabar penjanjian yang didapati berat sebelah walaupun telah ditandatangani.

Menurut beliau, draf rang undang-undang itu telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan ke Kabinet.

Selain Akta Perlindungan Pengguna, lima lagi akta berkaitan kepenggunaan yang terlibat dengan pindaan ialah Akta Sewa Beli, Akta Kawalan Harga, Akta Jualan Langsung, Akta Hak Cipta dan Akta Maktab Kerjasama Malaysia selain satu akta baru yang akan dibentangkan iaitu Akta Persaingan.

Menurutnya, tahap kesedaran pengguna masih berada pada tahap rendah berikutan kajian yang dilakukan oleh kementerian itu pada tahun lepas menunjukkan tahap kesedaran bagi rakyat Malaysia mengenai hak pengguna adalah sebanyak 58 peratus.

Ismail berkata, kesedaran pengguna berkait rapat dengan tahap pendidikan kerana berdasarkan kajian, pengguna yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi akan lebih prihatin menggunakan hak mereka berbanding dengan pengguna yang berpendidikan rendah iaitu sekitar 67 peratus dan kebanyakan mereka adalah dari kawasan luar bandar.

"Tahap kesedaran rakyat Malaysia masih lagi rendah, tak ramai yang mengambil peluang untuk membuat tuntutan pengguna dan mengamalkan sikap tak peduli, ramai yang menganggap hak mereka dilindungi oleh kerajaan," katanya.

Sementara itu katanya, mekanisme baru pemberian subsidi petrol yang akan dilaksanakan pada Mei ini akan diumumkan bulan depan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak agar tidak terpengaruh dengan sebarang spekulasi yang dicanangkan selama ini.

"Kita minta masyarakat bersabar dan tunggu pengumuman ini, jangan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan apa yang pasti kita yakin pengumuman ini akan mengembirakan semua pihak," katanya.

Pada masa sama juga Ismail Sabri berkata kerajaan bersedia untuk mengkaji sama ada untuk mengurang atau menghapuskan subsidi yang diberikan kerajaan kepada rakyat selama ini.

"Kita ada menerima desakan daripada persatuan pengguna dan orang ramai yang mahukan kerajaan kurang atau hapus subsidi, namun kerajaan perlu mengambil kira pandangan semua pihak sebelum melaksanakannya, kita bersedia untuk mengkaji segala cadangan dan membuat pertimbangan akan perkara ini.

"Perkara ini akan memberi kesan kepada kenaikan inflasi, dan rakyat juga harus terima hakikat, sekiranya kita mahu menuju ke arah negara maju dan punya pendapatan tinggi, maka suatu hari subsidi ini tidak sepatutnya ada, kita harus bersedia ke arah itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan