Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT Diperkenal

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Kementerian Pengajian Tinggi memperkenalkan dasar pembangunan keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai langkah menggalakkan pembangunan modal insan dalam melahirkan graduan usahawan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, dasar berkenaan mempunyai enam teras strategik, termasuk menubuhkan pusat keusahawanan di setiap IPT untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai program serta aktiviti pendidikan keusahawanan.

"Pusat keusahawanan itu mampu memberikan impak yang tinggi terhadap pembangunan keusahawanan pelajar," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk teras kedua, IPT akan menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang dan holistik manakala teras ketiga menyentuh aspek memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai graduan yang benar-benar menceburi bidang perniagaan.

Khaled berkata, dalam teras keempat, IPT perlu mewujudkan mekanisme pengukuran yang berkesan bagi menilai sama ada program yang dilaksanakan itu berjaya mencapai objektif.

Katanya, bagi teras kelima, usaha bersepadu dan berterusan perlu diambil oleh IPT untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan pelajar termasuk menyediakan peluang perniagaan di dalam kampus, khidmat perniagaan dan menyediakan peluang untuk pelajar menimba pengalaman dengan syarikat perniagaan berjaya.

Bagi teras keenam, beliau berkata, usaha bersepadu perlu diambil oleh IPT untuk meningkatkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan.

"Dalam perkara ini, tenaga pengajar perlu proaktif untuk menimba pengalaman yang relevan dalam bidang pengajaran di samping mendekatkan diri kepada pihak industri dan usahawan," katanya.

Khaled berkata, melalui dasar itu, kementerian akan melantik tokoh korporat sebagai ahli lembaga pengarah di setiap IPT awam untuk memberi pandangan dan tunjuk ajar dalam bidang keusahawanan dan program yang akan dilaksanakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan