Bung Mokhtar Pantau Sendiri KPI Agensi Kerajaan Kinabatangan

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin akan memantau sendiri Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) semua agensi kerajaan di daerah ini bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan kerajaan dapat dinikmati oleh rakyat.

Menurut beliau, antara yang diberi tumpuan adalah memantau kehadiran pegawai agensi kerajaan dan jalinan kerjasama antara mereka dalam setiap pelaksanaan pelan pembangunan.

"Bagi mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik, saya akan membuat laporan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai kegagalan mereka dan yang boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan sewajarnya.

"Mereka yang gagal menunjukkan KPI dengan baik, tiada gunanya mereka memegang jawatan yang tinggi dalam sesebuah agensi kerajaan negeri atau persekutuan sekiranya mereka tidak mahu berkhidmat untuk kepentingan rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Daerah Kinabatangan di sini hari ini.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, menjadi keutamaan kepada beliau untuk memastikan pelan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui agensi kerajaan sampai kepada golongan sasar iaitu rakyat.

Katanya, pelan pembangunan itu termasuklah penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan elektrik kerana masih banyak kampung di daerah ini belum menerima kemudahan itu.

Menurutnya, kemudahan rakyat lain yang akan dilaksanakan antaranya pembinaan Perpustakaan Daerah, Dewan Serbaguna Baru di dua kawasan masing-masing di Tongod dan di daerah ini serta penambahan taman-taman perumahan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan