Bekas Setiausaha Politik Dibebas Dengan Jaminan RM50,000

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Setiausaha Politik seorang menteri kanan yang ditahan pada 12 Februari lalu dibebaskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini dengan jaminan RM50,000.

Pegawai SPRM dari Putrajaya telah menyerbu sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar Butterworth Khamis lalu dan menemui wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta.

Selain itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda didaftar di bawah sebuah syarikat yang beroperasi di Pulau Tikus, Pulau Pinang dan sebuah kereta mewah turut disita.

Difahamkan akaun bank suspek turut dibekukan bagi membantu siasatan.

Suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Beliau yang direman pada 12 Februari lalu dibebaskan lima hari kemudian, kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Isnin lepas, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan memaklumkan Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa Ahad lalu.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan