Amerika Tidak Campur Tangan Dalam Kes Liwat Anwar - Jamaluddin

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Amerika Syarikat (AS) tidak pernah campur tangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Katanya, pentadbiran Presiden Barrack Obama setakat ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan supaya kes yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu digugurkan.

"Belum ada apa-apa yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Sepayang di sini, hari ini.

Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Rompin, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry, Selasa lalu, yang meminta kerajaan Malaysia supaya perbicaraan kes liwat Anwar dijalankan secara adil.

Katanya, kenyataan Kerry itu bagaimanapun tidak menggambarkan pendirian Rumah Putih.

"John Kerry meminta supaya sistem kehakiman di Malaysia adil... memang sistem perundangan kita adil pun," tegasnya.

Jamaluddin berkata Jabatan Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan berhubung kenyataan Kerry itu dalam masa terdekat ini.

Katanya, Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing dalam mengendalikan kes Anwar dan boleh diselesaikan tanpa bantuan pihak luar.

Baru-baru ini, 50 ahli Parlimen Australia telah menghantar bantahan rasmi supaya Malaysia menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Anwar, 63, sedang menjalani perbicaraan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, pada 26 Jun 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan