Rayuan Batalkan Kes Liwat: Anwar Gagal...

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara menolak rayuan penaishat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mahkamah juga menolak permohonan Anwar agar perbicaraan kes itu, yang sedang berjalan, ditangguhkan sehingga rayuannya terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan.

Hakim Abu Samah berkata, bahawa mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga esok bagi menunggu keputusan hakim sama ada akan menarik diri ekoran dakwaan pihak pembelaan kononnya beliau berat sebelah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan