Perbuatan Liwat Satu Kesalahan Di Malaysia - Mustapa Mohamed

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Muhamed menegaskan kepada masyarakat antarabangsa bahawa perbuatan liwat adalah bertentangan dengan agama Islam dan budaya timur Malaysia.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa harus memahami bahawa kepercayaan, budaya dan undang-undang yang wujud di negara ini dan tidak menerima perbuatan meliwat kerana ia merupakan satu kesalahan.

"Baru-baru ini sekumpulan 50 orang Senator dan Ahli Parlimen Australia menghantar surat protes meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan alasan ia akan merosakkan imej negara.

"Mereka tidak faham budaya, kepercayaan dan undang-undang di negara kita. Mereka seharusnya menghormati kedaulatan negara Malaysia, memahami bahawa perbuatan itu (liwat) bertentangan dengan agama, kepercayaan dan undang-undang negara ini," katanya ketika berucap pada pertemuan beliau dengan pemimpin Barisan Nasional di sini semalam.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata masyarakat antarabangsa tidak boleh mentafsirkan perbuatan meliwat melalui kaca mata mereka, iaitu ada negara yang menerima perbuatan berkenaan.

"Seperti di Amerika, di negara mereka wujud undang-undang yang membolehkan pasangan sejenis berkahwin. Lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita boleh berkahwin dengan wanita.

"Amalan seperti itu pada pandangan umat Islam di negara ini dan seluruh dunia ianya bertentangan dengan lumrah manusia. Jadi ada dunia perlu menilai kes Anwar melalui kaca mata Malaysia dan bukannya pandangan liberal mereka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan