Pendapatan 200 Nelayan Permatang Damar Laut Terjejas

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah 200 nelayan pantai di Permatang Damar Laut di sini yang dikatakan terjejas sumber pendapatan mereka akibat pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua.

Presidennya S.M. Mohamed Idris berkata, sumber perikanan seperti ikan, udang, ketam dan kerang menjadi semakin berkurangan dan hampir pupus sejak dua tahun lepas.

"Dalam tinjuan yang dibuat, CAP mendapati air laut di kawasan pantai iaitu Zon A yang menjadi tempat nelayan mencari rezeki, dicemari sisa lumpur yang dibuang oleh kapal-kapal pengangkut bahan daripada projek berkenaan.

"Oleh itu kita harap kerajaan negeri, Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dapat turun padang menyiasat dan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Idris berkata, sisa lumpur berkenaan bukan saja mencemarkan air laut dan mengancam hidupan di dalamnya malah turut membunuh kerang di kawasan pantai terbabit.

"Jika masalah ini berlarutan, nelayan-nelayan di kawasan berkenaan akan terus hilang sumber pendapatan yang sebelum ini memperoleh sebanyak RM150 sehari," katanya.

Menurut beliau, CAP kesal kerana masalah itu telah lama dihadapi nelayan di kawasan berkenaan tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil bagi mengatasinya.

Beliau mencadangkan supaya syarikat yang mengendalikan projek jambatan berkenaan mengadakan perbincangan dengan nelayan bagi mengatasi masalah itu.

"CAP kecewa kerana beberapa perjumpaan yang pernah diadakan di Komtar anjuran kerajaan negeri sebelum ini tidak melibatkan nelayan dan menyebabkan isu berkenaan tidak dibincang secara menyeluruh serta gagal mencapai matlamatnya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan