NUTP Mahu Kursus BTN Untuk Guru Nikmati Anjakan Gaji

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu Biro Tatanegara (BTN) segera mengadakan kursus kenegaraan kepada para guru bagi sesi 2010 untuk membolehkan mereka menikmati anjakan gaji.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng mendakwa, beliau dimaklumkan oleh Kementerian Pelajaran bahawa tiada lagi kursus BTN dianjurkan khusus untuk para guru selepas kali terakhir ia diadakan pada penghujung tahun lalu kerana kekurangan peruntukan.

NUTP mahu pihak berkenaan mengkaji semula penganjuran kursus berkenaan demi menjaga kebajikan guru di negara ini yang mahukan pengesahan jawatan.

"Guru-guru tidak berpuas hati dan marah kerana satu daripada syarat untuk disahkan dalam jawatan adalah wajib menghadiri dan lulus kursus BTN.

"Kumpulan guru yang lulus PTK Aras 4 juga tidak dapat menikmati anjakan gaji kerana mereka tidak diberi peluang menghadiri kursus itu sedangkan pengesahan jawatan adalah amat penting kepada mereka," dakwanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan