Nik Aziz Pun Pernah Khianat

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini semalam.

Media hari ini melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat harus menjadi orang yang bertanggungjawab dengan menyedari bahawa undi yang diberikan itu adalah amanah.

Katanya, kalau wakil rakyat itu tidak mahu tanggungjawab yang diberi oleh rakyat, elok saja mereka letak jawatan, biar diadakan pilihan raya kecil.

Terkini Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain bertindak keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pada ketika ini seseorang wakil rakyat itu perlu mempunyai prinsip politik yang kuat tanpa mengikut telunjuk perjuangan parti politik dengan membabi buta.

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan