MBKT, JKR Diminta Sedia Laluan Motosikal Di Jambatan Sultan Mahmud

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri digesa mewujudkan laluan khas untuk motosikal di Jambatan Sultan Mahmud di sini bagi untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan melibatkan golongan itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu, Asisten Supritendan Mohd Faudzi Mohammad berkata, dalam tempoh Januari tahun ini empat kemalangan motosikal telah dicatatkan berlaku di JSM dan satu daripadanya melibatkan kematian.

"Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja penunggang motosikal yang terkorban dalam kemalangan di jambatan itu," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Mohd Faudzi berkata, jambatan tersebut merupakan salah satu laluan paling sibuk di bandaraya itu terutamanya pada waktu hari-hari bekerja dan musim-musim perayaan.

Beliau turut menggesa pihak berkenaan agar mencari penyelesaian untuk mengatasi kesesakan di beberapa jalan lain seperti Jalan Batu Buruk serta Jalan Gong Kapas.

Mengenai statistik kemalangan pula, Mohd Faudzi berkata, sebanyak lapan kemalangan maut telah berlaku di daerah itu sejak awal Januari hingga hari ini.

Beliau berkata, jumlah itu menurun berbanding 15 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan