Malaysia, Indonesia Bincang Kerjasama Bangun Industri Pertahanan

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia sedang membincangkan kemungkinan untuk bekerjasama membangunkan industri pertahanan termasuk dalam bidang pengeluaran dan pembelian aset ketenteraan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu dijangka akan meningkatkan lagi kemampuan operasi ketenteraan secara bersama di antara kedua-dua negara selain mewujudkan landasan diplomasi dari aspek ketenteraan.

"Kami masih berbincang mengenai cara memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam industri pertahanan yang berkaitan dengan kenderaan perisai, Maintanance Repair and Overhaul (MRO) bagi aset tentera udara, dan juga kemungkinan kerjasama dalam bidang pengeluaran senjata," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prof Dr Ir Purnomo Yusgiantoro di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya jalinan kerjasama antara dua negara dalam industri berkenaan dapat dimantapkan dan kemudian dikembangkan di kalangan negara-negara Asean, ia akan menjadi satu titik permulaan yang baik bagi industri aset dan kelengkapan industri pertahanan, memandangkan Indonesia dan Malaysia mempunyai kepakaran masing-masing dalam industri itu.

Kunjungan hormat ke pejabat Ahmad Zahid di Wisma Pertahanan itu dibuat lanjutan daripada Sidang ke-38 Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia yang dijadualkan esok bagi menjalin hubungan diplomasi ketenteraan yang kukuh antara kedua-dua negara.

"Peringkat pegawai kanan sudah mengadakan mesyuarat teknikal 15 kali, esok kami akan bincang lebih lanjut mengenai kerjasama dalam eksesais bersama yang melibatkan angkatan udara, laut dan darat.

"Kami juga akan berbincang mengenai soal menempatkan unit di sempadan di Kalimantan dan juga tentang masalah sempadan laut yang pada hemat saya boleh diselesaikan secara ukhuwah," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua negara juga akan berbincang mengenai kerjasama yang boleh dijalinkan antara Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dan Universiti Pertahanan Indonesia pada mesyuarat itu.

Menurutnya, Malaysia boleh menghantar beberapa bekas jeneral ke universiti negara itu manakala sebagai timbal balas, Indonesia boleh menghantar pakar mereka dalam bidang pertahanan atau strategi bagi sama-sama berkongsi kepakaran.

Ahmad Zahid berkata, walaupun Indonesia baru setahun memiliki universiti itu, ia boleh menghantar pakar mereka bagi menduduki kerusi profesor pelawat di UPNM, manakala Malaysia pula boleh menghantar beberapa bekas jeneral berpengalaman ke universiti negara itu.

"Malaysia juga menawarkan 53 tempat untuk pegawai tentera Indonesia bagi menjalani latihan di Malaysia dan kini masih ada 21 kekosongan," katanya.

Mengenai hasrat membeli Kapal Sokongan Pelbagai Fungsi (MRSS) keluaran Indonesia, Ahmad Zahid berkata, cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat, dan kini satu laporan mengenai harga dan spesifikasi yang ditawarkan sedang disiapkan.

Ahmad Zahid berkata, penekanan harus diberi kepada kerjasama dua hala, di mana sekiranya Malaysia membeli aset ketenteraan keluaran Indonesia, Malaysia juga berharap Indonesia akan membeli kelengkapan pertahanan keluaran negara.

"Juga boleh gunakan pendekatan pertukaran, misalnya Malaysia mengeluarkan peluru kaliber yang besar manakala Indonesia mengeluarkan jenis yang kecil. Jika dapat bertukar-tukar, itu potensi yang cukup baik dan saya yakin Indonesia boleh menjadi rakan kongsi pertahanan dan keselamatan," katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga amat optimis untuk menjalin kerjasama dengan negara Asean lain berdasarkan jalinan kerjasama Malaysia yang sedia terbentuk dengan beberapa negara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

"Pada bulan Mei ini, cadangan untuk menubuhkan kerjasama industri pertahanan di kalangan negara Asean akan dikemukakan di Vietnam dalam Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan