Lima Projek Hidro Baru Sarawak Dalam Kajian Teknikal

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Projek pembinaan lima lagi empangan hidro elektrik dengan kapasiti penjanaan tenaga kira-kira 6,000 megawat menjelang 2015 kini di peringkat kajian teknikal.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, lima empangan hidro elektrik itu ialah Baleh (1,400 megawat), Pelagus (410), Baram (1,200), Limbang (245) dan Lawas (1,000).

"Selain tumpuan kepada pembangunan sumber tenaga hidro elektrik, Sarawak turut memberi tumpuan kepada pembangunan sumber tenaga daripada arang batu yang boleh dibekalkan kepada grid utama elektrik di negeri ini dan selebihnya untuk eksport," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan laporan kajian feasibiliti sistem penyambungan kuasa antara Sarawak dan Brunei di sini hari ini.

Beliau berkata, dua lagi empangan hidro elektrik di Sarawak iaitu Empangan Hidro Murum dengan kapisiti 944 megawat akan mula beroperasi pada 2013 manakala Empangan Hidro Bakun dengan 2,400 megawat dijangka beroperasi akhir tahun ini.

"Sarawak kini turut mempunyai dua loji tenaga arang batu iaitu masing-masing di Matedeng, Mukah dan Senari di Kuching yang membekalkan kira-kira 500 megawat tenaga elektrik untuk kegunaan industri tempatan," katanya.

Mengenai kajian feasibiliti bagi perancangan perkembangan kapisiti penjanaan untuk Brunei, beliau berkata, kajian itu menunjukkan Brunei berpotensi mengimport 100 megawat kuasa elektrik pada tahun 2012 sehingga mencapai 150 megawat pada 2013 dan 50 megawat pada tahun-tahun berikutnya.

Sementara itu, Menteri Tenaga dan Pejabat Perdana Menteri Brunei, Datuk Seri Pahlawan Mohammad Daud berkata, kerjasama baik antara Sarawak dan Brunei dalam pembekalan sumber tenaga elektrik akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

Beliau berkata, Brunei perlukan sumber tenaga alternatif seperti tenaga hidro elektrik selain bergantung kepada sumber tenaga gas yang sedia ada dalam menampung permintaan sumber tenaga elektrik yang semakin meningkat di negara itu.

"Sarawak dan Brunei bukan sahaja akan terus bekerjasama rapat dalam pengurusan sumber tenaga elektriknya malah juga dalam bidang lain termasuk pelancongan, pertanian, industri halal, pendidikan dan perubatan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan