Lim Sedia Hadapi Tindakan Undang-Undang Zahrain

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau sedia berdepan dengan tindakan undang-undang setelah mengaitkan ahli keluarga bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dalam urusan mendapatkan tender bernilai RM40 juta bagi mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

Lim berkata, beliau mempunyai bukti yang cukup bagi menghadapi segala tuduhan Zahrain yang tidak berpuas hati kerana didakwa oleh Lim gagal mendapatkan tender bagi syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan sebelum tender projek itu dikeluarkan iaitu pada akhir September 2008.

"Semua ini terpulang kepada Zahrain sama ada hendak saman atau tidak. Kita mempunyai cukup bukti berhubung perkara ini. Kita juga sedia ambil risiko demi sebuah kerajaan yang bersih," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Zahrain yang akan mengambil tindakan undang-undang kerana mengaitkan ahli keluarganya dalam urusan mendapatkan tender bernilai RM40 juta itu.

Zahrain telah pun mengisytiharkan keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen bebas mewakili kawasan Bayan Baru.

Sementara itu, mengulas mengenai permintaan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Azhar Ibrahim supaya Lim mengeluarkan minit mesyuarat bagi acara sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang bakal disambut nanti, Lim berkata, perkara itu perlu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam, Abdul Malik Abdul Kassim.

Azhar mendakwa terlalu banyak kekeliruan berlaku berhubung sambutan itu terutama bagi acara perarakan.

Lim memberitahu pemberita bahawa acara perarakan pada sambutan itu akan tetap diadakan.

Lim menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP negeri di Dewan Perniagaan Cina di sini yang turut dihadiri pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dan exco-exco kerajaan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan