Hanya 180 Hektar Zon Ternakan Ikan Kelisa Di Kerian

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan Perak menetapkan hanya seluas 180 hektar kawasan penanaman padi di daerah Kerian terutama di sekitar Bukit Merah, Bagan Serai sebagai kawasan penternakan ikan kelisa bagi mengelakkan penerokaan kawasan pertanian itu dijadikan kolam ternakan secara besar-besaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu bertujuan menjadikan penternakan ikan kelisa sebagai satu industri yang terkawal dengan mengimbangi penanaman padi di Kerian yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada pengeluaran beras negara.

"Saya telah melawat dan meninjau kawasan penternakan ikan itu yang memang memberi pulangan yang tinggi. Kita juga mendapati kawasan penanaman padi di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian-Sungai Manik itu terjejas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga menerima pelbagai bantahan, memorandum serta aduan penanam padi di situ seperti air sawah yang tidak mencukupi dan pembelian tanah secara berlebih-lebihan.

"Ramai pesawah mengadu bekalan air tidak mencukupi kerana air yang digunakan untuk penternakan ikan dan penanaman padi adalah dari sumber yang sama iaitu dari kolam Bukit Merah itu yang dikatakan sangat sesuai untuk penternakan ikan kelisa," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri turut menerima banyak aduan daripada pesawah mengenai kebimbangan mereka terhadap eko-sistem, kualiti air serta kesan pengairan dan pengaliran ke kawasan sawah padi Kerian seluas 12,500 hektar itu ekoran industri berkenaan.

Zambry berkata, kawasan penanaman padi di bawah IADA itu telah diceroboh dan langkah yang diputuskan kerajaan negeri itu turut bertujuan memelihara kawasan padi yang tidak diterokai lagi bagi industri ternakan ikan itu.

Menurutnya, penerokaan kawasan penanaman padi menjadi kolam ikan kelisa turut dibimbangi tidak mendatangkan pulangan dan hasil kepada pengusaha tempatan di situ.

"Jika industri ini semakin menjadi-jadi, ia tidak lagi menjadi industri untuk masyarakat tempatan untuk meraih pulangan daripadanya...kalau terlalu banyak, tidak ada lagi pulangan yang baik kepada mereka...kita perlu mengambil tindakan tegas kerana kita tidak mahu penanaman padi sebagai industri teras di situ juga terjejas," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri difahamkan pengusaha industri ikan kelisa di situ datang dari seluruh negara dan luar negara.

Katanya, sekiranya didapati ada pihak yang enggan mematuhi penetapan kawasan ternakan itu, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan berdasarkan peraturan yang sedia ada.

Langkah menetapkan kawasan penternakan ikan kelisa itu tidak bermakna kerajaan negeri tidak menggalakkan industri berkenaan sebaliknya ia adalah wajar supaya baki kawasan penanaman padi itu dikekalkan.

"Kerajaan negeri galakkan juga tetapi kita juga perlu membuat pertimbangan mengenai kepentingan masyarakat yang ada di situ, pengeluaran padi negara dan juga industri ikan kelisa. Kita tidak mahu dikatakan hanya menjaga kepentingan pihak tertentu sahaja," kata Zambry.

Pada 7 Disember tahun lepas, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta Kerajaan Perak mewartakan kawasan seluas kira-kira 100 hektar di Bukit Merah dekat sini sebagai zon akuakultur khusus bagi industri ternakan ikan kelisa.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia bertujuan memastikan "Jelapang Padi" Kerian tidak terjejas ekoran permintaan tinggi bagi kawasan berkenaan untuk dijadikan kolam ternakan ikan kelisa. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan